Thursday, March 18, 2010



Izinkan Aku Terus Di Sini..




Teringat pada detik perkenalan kita,yang terkadang membuat aku senyum sendirian.Tidak pernah sekalipun menduga akan menjadi sebahagian dari hidupmu.Tidak pernah menyangka kau akan mengisi kekosongan hati ini.Betapa anehnya sebuah perkenalan.Hari ini aku masih tertanya-tanya tentang apakah yang mengikat kita sehingga menjadi terlalu akrab.
Adakah kerana pandangan pertama,satu kesilapan mata.Aku bukan seperti yang tergambar..
Adakah kerana kata-kata,satu kesilapan tafsiran.Aku bukan seorang pujangga..
Adakah kerana takdir-Nya,suatu hukuman atau telah tersurat di azali kita.

Teringat kembali pada sapaan pertama.Berbahasa penuh sopan dan berhati-hati dengan setiap perkataan.Perjalanan masa mengeratkan rasa,menjadikan setiap perkara ingin dikongsi bersama.Demi masa,benarlah kita berada dalam kerugian..
Setiap kenangan yang kita cipta bersama telah menghanyutkan kita..
Setiap kisah yang kita lalui bersama telah menjahanamkan rasa takwa..
Setiap kata-kata yang kita ungkapkan bersama telah membuahkan secebis rasa....
Izinkan aku melafazkan rasanya...
Iaitu Cinta..
Kasih..
Sayang...
rindu..
dan Cemburu...

Terkenang pada laluan-laluan bahagia,selalu membuatkan aku tertawa dalam kerinduan.Bila resah menjelma,aku ingin kembali kesana.Memecah bongkah-bongkah derita dan meniup debu-debu ragu...
Aku rasa ingin menjerit..
Aku rasa mahu melaung..
untuk menyatakan rasa yang mengumpal dan menebal dalam jiwa.Biar alam turut mendengar
Biar kamu turut merasa..
Aku ingin terus disini.
Aku disini..mengenangmu,insan.Dalam renungan yang panjang dan tidak berpenghujung.Alangkah besar kuasa dan hukum-Mu..Ya Allah akibat rasa lekaku.
Mengharapkan kekasih selain diri-Mu..
Ya Tuhan,aku genggam hatiku lalu ingin kulontarkan jauh ke dasar laut milik-Mu.Dan aku tak mungkin mampu menyelami dalamnya kasih-Mu.Tapi aku merasakan aku bisa menyelami hatiku..
Izinkan aku terus disini.Berulang waktu mengingati kenangan-kenangan kita.Bila tiba masanya,jika aku diminta untuk melupakannya,pasrah aku pada segala ketentuan yang Maha Esa.Walau ternyata sampai bila-bila tidak mungkin aku merelakannya.
Izinkan aku terus disini..
dihatimu..
dihati kita..



Maymeng-16/3/2010

(Tersiar juga di laman Facebook)

No comments:

Post a Comment