Monday, December 30, 2013

Baitullah, aku datang lagi kepadamu...(Feb 2013)
Dari kejauhan, sewaktu perjalanan berihram dari Madinnah ke Mekkah, cahaya gemilang yang jelas kelihatan memagut seluruh jiwaku.Betapa rindunya aku pada Al Haram sehingga setiap detik menghampiri saat menjejak kembali ke tanah suci ini, airmata syukur tidak pernah berhenti mahu segera hampir pada kota paling indah ini.Malam itu kesedihan meninggalkan madinah dan Rasulullah terubat bila bukan mimpi yang kualami, melambai Kaabah penuh rasa yg tak mampu kugambarkan dengan kata-kata.
Kukira, bersujud di dataran kaabah dengan perasaan mengharap redha Allah bukan lagi cerita asing di situ.Tangis, ratap, rintih dan rayu bagai kemestian tatkala berada disana.Rasa malu menahan tangisan tidak ada lagi pada sekujur tubuh insan bernama hamba.Kiri dn kanan, kulihat airmata keinsafan, kegembiraan dan kesyukuran bagai pemandangan terindah.Esak tangis merdu mendayu menjadi irama yang mendamaikan.
Mungkinkah ini Umrahku yang terakhir? Berat terasa kaki melangkah tatkala selesai bertawaf wida'.Ya Allah..bekukan airmataku agar tidak kumenangis sebegitu haru.Jika kita berjodoh lagi Ya Baitullah, bersua kita dalam relung rindu yg sarat.Andai ini pertemua kita yang terakhirnya, kusimpan rindu ini sehingga menghadap penciptamu....iaitu Allah.

Catatan tidak berjudul, sekadar mengenang waktu-waktu yang telah berlalu...

Sewaktu saya masih bersekolah (rendah dan menengah) di penghujung tahun sebegini, rasa tak sabar nak kembali ke sekolah. Bertemu kawan2 dengan baju, kasut dan peralatan sekolah yg baru.Hampir setiap hari menjengguk buku2 yg sudah tersusun kemas didalam beg.Sebenarnya perasaan itu dirasai oleh semua kanak2 dan remaja tak kiralah mereka akan kembali ke sekolah dengan kelengkapan sekolah yg baru atau lama.Ketika saya bersekolah di SRK Abang Ali, dari tahun 1 sehingga tahun 6, saya tidak pernah terfikir tentang yuran yg bapak harus sediakan agar kami dapat meneruskan persekolahan.Saya cuma tahu tentang pembelian buku2 kerana setiap kali sebelum cuti panjang, guru kelas akan memberi kami senarai buku2 untuk tahun depan.Dan senarai itu akan bapak simpan.Ketika saya memasuki sekolah menengah di SMB Tung Hua, saya mula menyedari perihal yuran, mungkin kerana borang2 pendaftaran yg disertakan sekali surat makluman dan tersenarai sejumlah pembayaran yuran dan belian buku2 sekolah atau mungkin kerana saya sudah tahu berfikir tentang angka dan simbol ringgit.Sehinggalah ke masa saya menghadapinya sendiri, menyediakan keperluan dan yuran sekolah anak2.Sebenarnya perasaan itu tidak pernah luput sekalipun masa beranjak dan terus bertukar ganti.Saya masih teringat riak wajah mak dan bapak sewaktu kami adik beradik hendak ke sekolah setiap pagi ketika mentari belum muncul dan embun masih membasahi bumi. Dan kembali ke rumah dalam keadaan lapar dan dahaga.Pada penghujung tahun begini, mak dan bapak hanya fokus pada keperluan persekolahan kami.Bila tiba "hari gaji" bapak sibuk meneliti senarai2 yg disimpan sejak bermulanya cuti.Di atas meja makan, di dapur itu bapak mengasing2kan sejumlah wang gajinya kepada 4 bahagian(saya, 2org kakak dan seorg abg-ketika itu) penuh teliti dan pantang 'diusik'walau dengan sepatah pertanyaan.Bertahun2 saya melihat situasi tersebut sehinggalah dari 4 bahagian bertambah kepada 5, 6, 7 dan 8.Kadang2 bapak terlihat bermenung seketika dan kadang2 bapak seperti hilang kata2.Dan mak, sebagai semangat seorg suami walaupun tidak berpendidikan, membantu dengan apa yg dia miliki.Bukan sekali tetapi berkali2, mak mengorbankan gelang atau rantai emasnya ke kedai pajak demi kelangsungan masa depan kami.Ya Allah, sarat benar mata dan hati ini mengimbas liku2 yg mak dan bapak lalui dalam membesarkan kami.Tetapi kesah2 itu tidak mungkin terhenti kerana sejajar dengan peredaran waktu, watak mak dan bapak ditukar ganti oleh kami sendiri.Walaupun berbeza tetapi ia menjadi teladan dan azimat.Beruntung generasi masa kini, diberi kemudahan jauh lebih baik dari generasi masa lalu.Namun akan menjadi satu kerugian jika kemudahan ini disalahguna dan disia2kan.Saya selalu berpesan kepada anak2, walaupun kedengarannya biasa dan mungkin membosankan bagi mereka tetapi suatu hari nanti bila mereka pula yg dewasa dan melalui situasi yg sama, pesanan itu amat berguna.Dan tidak mustahil, mereka akan menangis sepertimana saya menangis terkenangkan pengorbanan mak dan bapak yg tak mungkin dapat saya membalasnya..
"Jadilah insan yg soleh dan solehah, bukan hanya baik dan berguna.Hormati ilmu kerana ilmu akan memuliakan kita walau dimana kita berada.Pilihlah, senang atau susah kerana disitulah kita akn hidup sebagai manusia yg bermaruah"

Kepada kawan2 yg ketika ini sedang sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak2, saya doakan semoga kalian bersabar dengan ujian kerenah anak2 yg tengah excited nak kembali ke sekolah, ujian kenaikan harga2 barang yg sedang kecoh diperkatakan di negara kita yg aman damai ini.Kepada anak2 yg ketika ini sangat "risaukan" tahun depan yg belum pasti dengan situasi yg baru di tempat yg baru dan sistem pendidikan yg baru, semoga banyakkan berlapang dada dan didik hati untuk ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab.Allah mendidik kita melalui peringkat2 yg mungkin kita tidak bersedia utk tempuhi tetapi dengan ikhlas niat, dan rasa ikram pada diri sendiri(am nya) InsyaAllah, segalanya akan mudah dan dipermudahkan...
SELAMAT TAHUN BARU semuanya!