Thursday, May 27, 2010

Harga sebuah perjalanan....
Seperti biasa,tahun ini aku hadiahkn sepotong puisi buat insan yang aku panggil Ibu.Tetapi bezanya tahun lepas,aku mendeklamasikannya di corong radio tempatan.Dan tahun ini,puisi yg berbeza kusiarkan di laman sosial Facebook.Sukanya apabila puisi tersebut mendapat sambutan yang baik dan melalui puisi tersebut dalam masa sehari,bilangan rakan meningkat dengan mendadak.Terima kasih Ibu kerana memberiku ilham.

Bercerita tentang "sebuah perjalanan.." sebagai seorang anak yang mungkin agak degil dan nakal satu ketika dulu.Aku benar-benar berharap semua itu cukup untuk menjadi pengajaran buat diriku.Di kedewasaan ini,aku selalu merasakan kasih sayangnya amat luar biasa.Dan setiap kali terkenang semua pengorbanan Ibu,mata tidak pernah lokek untuk menangis.Aku bukan wanita yang cenggeng,tetapi hati ku mudah tersentuh.Ibuku seorang wanita yang tabah.Kadang-kadang kesabarannya,menguris hatinya sendiri.Dan kadang-kadang ketabahannya membuatkan dirinya seperti manusia yang tidak punya prinsip hidup..semuanya adalah untuk sebuah perjalanan anak-anaknya.Dan aku adalah salah seorang diantara mereka.Mungkin aku tidak pernah tidak menyakiti hati Ibu,malah aku akui..aku belum mampu menjadi anak yang berjasa kepadanya.Semoga doa-doaku untuknya dimakbulkan tuhan.Jika hanya itu yang termampu aku lakukan.

"Sebuah Perjalanan..."banyak mengajar tentang bagaimana aku perlu mengharagi setiap sesuatu yang telah tuhan itu tentukan.Tidak kira,perjalanan hidup aku lebih banyak duka berbanding ceria.Sedaya mungkin,aku ingin membahagiakan semua insan yang bersamaku....di sini,di luar sana dan di Facebook.Kerana tanpa semua itu,perjalanan yang entah panjang atau pendek ini akan menjadi lebih beeharga.
Aku semat semangat kekuatan Ibu di dalam jiwaku sebagai azimat sebuah perjalanan....
SELAMAT HARI IBU.....

Saturday, May 15, 2010

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sayang yang terucap....
Mungkin agak pelik sikit kerana kali ni aku tak menyiarkan puisi-puisiku sebagai halwa mata di blog 'Sebuah perjalanan..' ini.dan sebagai permulaannya,catatan ini khas menceritakan tentang SEBUAH PERJALANAN hidup seorang aku yang bernama Hasmahwati atau lebih glamernya dikenali sbg Hasma Maymeng di laman sosial Facebook.

Sejak kebelakangan ini,aku sering diduga oleh keadaan,kawan dan keluarga.Yang paling menyakitkan apabila bergaul dengan berbagai lapisan masyarakat di laman sosial Facebook.Walaupun jumlah rakan-rakan tidaklah ramai hingga mencecah angka ribu,tetapi yang lebih dari seratus itupun sudah terlalu mencabar dirasakan.
Adakalanya kita tidak sedar,sikap kita mungkin menjengkelkan orang lain walaupun kita berkawan dengan niat yang baik.Aku pun bukanlan seorang insan yang sempurna.Dalam pergaulan walau hanya di alam maya,aku tidak terkecuali menjadi mangsa sakit hati dan benci..Jika satakat iri hati dan benci,aku masih boleh menerimanya sebagai satu dugaan.Kerana biasalah kan,manusia selalunya tidak puas hati dengan apa yang mereka ada.Namun demikian,dugaan yang teramat pedih dirasakan sepanjang bergaul dgn bermacam jenis orang di Facebook,aku dikejutkan oleh renjatan fitnah yang amat memalukan.Apakah sebabnya aku difitnah sebegitu rupa? Malu dan dendam mula menapak dalam hati.Jika diikutkan kata nafsu,telah lama aku membalasnya tetapi aku akur,mungkin semua tu Allah datangkan padaku membawa hikmah yang amat besar.Bila aku telah redho dengan ketentuan yang Allah tetapkan,bukan bererti aku telah memaafkan...

Sebuah perjalanan yang panjang ini benar-benar berliku.Mungkin ramai yang telah terdengar tentang apa yang difitnah terhadap aku,tapi aku tidak akan gentar dan menyerah kalah.Perjuangan ku dalam merealisasikan cita-cita tidak akan berhenti di sini sahaja.
Semoga Allah membuka pintu hatiku untuk memaafkan 'dia' ..dan sesungguhnya,walaupun aku kesal atas apa yang terjadi,aku tetap menghargainya sebagai salah seorang rakan yang mungkin telah banyak memberiku pengajaran tentang makna hidup yang sebenar.~ 16 Mei 2010*