Wednesday, March 10, 2010

Antara..

Apa yang kau pilih antara kaya atau miskin,seharusnya kau pilih untuk bersyukur.Kerana kaya tidak kekal seperti yang kau pertahankan.Satu ketika,kekayaan itu bukan lagi kepunyaanmu,
akan ditinggalkan selamanya..
Apa yang kau pilih antara cinta dan airmata,seharusnya kau pilih untuk bahagia.Kerana cinta tidak seindah yang kita sangka.Penuh onak dan durinya.Jika dulu laluan kau dan aku penuh liku...
kini penuh duri,airmata untuk kubasuh luka-luka ini.
Apa yang kau pilih antara harta dan dunia,seharusnya kau pilihlah akhirat,kerana harta bukan jaminan dan dunia bukan kehidupan yang sebenarnya...
Yang aku temui antara suka dan derita,sebuah pengalaman dari sebuah pengorbanan.
Biarpun tiada awal dan penghujungnya..
aku pasti pilihanku...
seandainya diberikan dua pilihan antara dikasihi dan mengasihi...
aku pilih untuk setia.
Andai diminta untuk setia dalam kecurangan,
aku memilih untuk menunggu..
dan terus menunggu..


Maymeng-9/3/201
(tersiar juga di laman Facebook)

No comments:

Post a Comment