Monday, March 1, 2010

..AKU TAK MARAH.AKU TAK SUKA MARAH.AKU TAK MAHU MARAH DAN JANGAN MARAHI AKU...

KERANA AKU SENANG UNTUK MENGALAH DEMI TAK MAHU MARAH-MARAH....





Untuk org tuaku..
Aku tak mahu kalian marah kerana kekuranganku.Terimalah aku seperti aku.Aku tak suka kalian marah kerana kebodohanku.Pimpinlah aku.Aku pun tidak ingin marah kerana aku sangat sayang kamu...

Untuk kekasihku...
Aku tak mahu kau marah kerana cemburumu.Percaya dan yakinlah padaku.Aku tak suka kau marah kerana ianya membunuh kasihku.Aku tak ingin kau marah jika aku terpaksa meninggalkanmu.Aku tak akan marah andainya kau tercipta bukan untukku.Aku tidak pernah marah bila kau selalu menyakiti hatiku..kerana besarnya cinta dihatiku terhadapmu,hanya Tuhan yang tahu...

Untuk sahabat..
Aku tak marah jika ada diantara kamu tak suka aku.Aku tak mahu marah jika ada diantara kamu cuba menjatuhkan aku,memalukan aku,memburukan aku,mengutukku,menghinaku dan mencaciku.Aku tidak ingin marah walau hatiku telah hancur diperlakukan begitu.Aku tak mahu kamu semua marah andai sikapku tidak menentu..Eh,adakah diantara kamu yang marah jika aku mengaku,aku memang pun Ayu...hehehehe

Untuk anakku..
Ummi tak marah walau sakit melahirkanmu,mendidikmu dan mengajarmu.Walau kau cuba derhaka kepadaku,asal jangan kau pijak kepalaku dan lupa siapa dirimu dan siapa Tuhanmu.Yang menciptakanmu tumbuh di dalam rahimku..Membesar dan lahirlah sebagai kamu.Anakku,Ummi tak mahu marah andai kau gagal menjadi seperti yg kami mahu,tetapi mencubalah menjadi seperti yang Allah mahu.Kerana di situlah letaknya keredhaanku.


Hey kamu,kamu dan kamu....
Jangan marah andai kamu kena tahu..
Kita diciptakan sbg Hamba-Nya untuk tidak menjadikan sufat marah itu satu tingkahlaku...walaupun sesekali kita marah.Tapi TOLONGLAH jgn sesekali buat org lain marah pd kita.Itu ingatan buat diriku...hehe

(Tersiar juga di laman Fecbook)

No comments:

Post a Comment