Monday, March 1, 2010


Warkah buat Teman dan rakan...
Apabila aku diingatkan tentang kesilapan.


Suatu hari jiwaku meruntun kerinduaan ..
kepada ibuayah yang sudah beberapa hari tidak kujengguk di rumah usang mereka.
Rasanya lain sekali...
rupanya aku telah diingatkan tentang kesilapan
mengabaikan mereka di kala aku leka bahgia..
walau bahgiaku itu cuma sedetik masa.
Ketika bermadu cinta bersama sang Arjuna.
Kesal dan insaf.
Pabila aku mengimbau kembali saat-saat suka duka bersama mereka,jiwaku semakin meronta rasa berdosa.
Tidak pernah rasanya aku membalas segala pengorbanan yg telah mereka lakukan terhadapku.
Arrrghh..,kenapa Ya Tuhan aku dilahirkan untuk menyakiti ibuku?
Kenapa, Yang Maha Esa,aku lahir sekadar untuk bermasam muka kepada ayahku..hanya kerana aku tidak seperti yang dia mahu.

Beberapa hari lepas,aku menulis di atas tembok FB ini tentang ibu dan ayah..ketika itu aku sedang berlawan dengan perasaanku..antara tabah dan lemah.Tulisan itu sesungguhnya aku tujukan kepada teman dan rakan,agar turut berkongsi rasa yg sedang bermaharajalela dihati ini.Apabila aku cuba untuk merenung kedalam anak mata ibuku,aku lemah.Aku parah.Menangis aku didlam bisu.Menelan tangis yang rasanya berbuku..Ingin ku luahkan tangis itu,bimbang ibu tahu gelora yang bermain di hatiku.Lalu aku berlalu berpura-pura tiada apa yang berlaku.Ibu,aku sayang kamu!

Seketika pula,aku ingin merenung jauh kedalam mata ayah.Ingin berkongsi amarahnya,lantaran jiwanya punah.Mungkin kerana aku.Anak yang tidak mampu memberinya kebahgiaan seperti yg telah dia berikan padaku, sewaktu kecilku.Namun,aku tidak melihat ke dalam matanya.Pandangan ku tertumpah pada tangan tuanya.Suatu ketika dahulu disitulah aku berpaut,bermanja dan bergantung harap untuk masa depanku.Hari ini..tangan itu tidak lagi gagah dan kuat.Sesekali ku sentuh tangan itu memohon restu.Ayah,pukul lah aku!Dengan tangan itu..kerana aku tidak menjadi anak ynag berkhidmat kepadamu.Akhirnya aku jua berlalu.Buat-buat ceria selalu.Ayah,aku sayang kamu.

Apabila aku diingatkan tentang kesilapanku..
aku sangat malu..terutaama kepada kedua org tuaku..
kerana sehingga hari ini aku gagal menjadi diriku..
Ingin membalas pengorbanan mereka namun..masih tertunggu-tunggu.
Walau jarak tidak berantara.Rasa 'anak' kepada mereka begitu kuat.Namun aku bimbang rasa 'anak' itu tidak turun kepada generasiku..Hilang hormat kepada yang tua dan kasih kepada yang muda.
Ingatlah..tidak semudahnya kita bisa membahagiakan mereka sekalipun kita punya wang berjuta....
Memandikan mereka dangan harta..
ketika jasad berpisah dari nyawa..
Hanya doa anak yang soleh jadi teman mereka.
Ibu-Ayah..biarlah aku menjadi temanmu disana, andai didunia aku tidak mampu berbuat kau gembira.


(Tersiar juga di laman Facebook)

No comments:

Post a Comment