Thursday, July 29, 2010

Berbicara Tentang Hati...

Hati itu dikatakan indah rupanya,berwarna merah menyala dan sukar untuk diduga.
Benar,hati itu indah untuk dijelajahi kerana yang bisa menjajahnya cuma CINTA.
Benar,hati itu warnanya merah menyala,tempat mekarnya sebuah bahagia.
Benar,hati itu sukar untuk diduga,kerana dalamnya tak dinyatakn walau sering diperkatakan...
kerana hati juga sering melawan dugaan.
Pahit,manis,suka dan duka....

Berbicara tentang hati...
Tatkala,cinta mengetuknya,bukan sekali..tapi banyak kali.
terkadang sukar untuk terkuak pintunya..
bukan kerana kekerasan,tetapi kerana hilang keyakinan,
Pada cinta yang hadir dikhianati..
Lantas,teguh ia terkunci..
hanya terbuka kepada sebuah teka teki.

Berbicara tentang hati...
Sering dihempas badai cemburu dan resah..
bila kasih bertaut,itulah satunya kesakitan.Tanpa kawalan.
Tanpa batas mahu tersedar dari rasa yang sukar ditepis...
bercambahlah curiga.
Tanda hati meminta untuk diperhatikan.
Dalam sebuah kesetiaan.

Hatiku..
hatimu..
bersatu dalam sebuah rasa..
terkadang ia tidak harus ada.
Tapi terkadang hadirnya benar-benar membawa sinar bahagia.
Hati kita...
berbicara tentang gelora.
Kerinduan,keasyikan dan keindahan.
Yang diimpikan..
yang diharapkan...
tanpa hati ini,apa lagi bukti.
Segala yang berputik sehari ke sehari...
enggan dinafi.
meronta mahu melepaskan diri....
Bicara hati..
Benarkah..?
Hatimu,hatiku..adalah hati kita?



Maymeng...29/07/2010.......Sibu.