Tuesday, March 27, 2012

Antara Kenangan Dan Jasa..

Sayu hatiku merenung pada mesin jahit usang yang berdebu.Ada rasa rindu dan pilu bergayutan di tangkai hati.Agak lama, sehingga debu yang bertandang sedikit menebal dan kelabu.Jarumnya, benangnya masih setia menghuni di situ.Dan suatu ketika, aku juga pernah begitu setia menghadapnya tanpa mengira waktu.Menjadikan mesin usang itu teman bisu yang kukira, andai diberi kelebihan berkata-kata, sudah banyak cerita yang bisa diceritakan semula olehnya.Antara jasa dan kenangan, hari ini aku ingin kembali kepadanya memulai jejak yang terhenti beberapa ketika ini.Kusentuh roda yang telah kendur.Gagangnya yang mulai keras dan lantainya yang berdebu.Jujur, airmata bergenang tapi malu mahu gugur.Kutelan sayu yang berlagu.Aduhai...masa! Pernah, aku menangis di sisinya.Menahan kesakitan yang mencucuk sendi lantaran kepenatan yang menjajah.Tertawa juga memendam rasa.Mesin berjasa ini, ibarat teman paling setia.Sayangnya, ia cuma benda tidak bernyawa.Ketika 'sakit'nya, aku cuma tahu melenting dan marah-marah.Tapi ketika 'cergas'nya, aku bahagia kerana baktinya yang amat memberi makna. Putar jam terasa semakin laju.Sayu dan rindu yang begetar mulai mengembang.Dari hujung ke hujung, debu yang membalut kusapu perlahan...

Antara kenangan dan jasa, ku harus memulainya semula.Biarpun tidak pernah mendapat penghargaan, dan hasil yang cukup lumayan.Memadailah, kesungguhan dan rasa penat dan susah yang memberi erti pada sebuah perjalanan...

Kadang-kadang, di suatu masa dulu...aku tertido di atasnya.Bermimpikan suatu masa nanti, mesin usang yang banyak berjasa ini akan bertukar menjadi sebuah mesin canggih yang bisa membantuku merubah hidup ini.Namun, hari ini wujudnya akan tetap di sini, sampai bila-bila kerana jasa dan kenangan bersamanya lebih berharga dari wang berjuta.

 

Monday, March 26, 2012

Di Garisan Waktu..




Engkau hadir menyapa dan bertanya.Sapaan itu aku sambut dan soalan itu aku jawab.Ringkas dan padat.Sejurus itu di garisan waktu kita bertemu.Dari seorang rakan coretan bertukar menjadi insan bercinta.Waktulah satu-satunya saksi janji dan sumpah..
Madah dan lagu bukti resah yang bertandang di sudut hati.

Waktu..andai kau bisa berkata,pasti terkaku mereka mendengar cerita.Kisah aku dan dia,bermain api di atas garisan waktu.Tidak terleka dengan hukum-Mu tuhan,bahawa kami tak akan bisa bersama.Kami berdosa dalam meluahkan perasaan cinta.Kerana tercipta jurang di antara kita,aduhai cinta.Jurang bernama duka.

Waktu juga bisa membuktikan aku padamu.Dan kau padaku.Usahkan, melafazkan kebenaran..aku tidak mungkin mampu menduga sejauh mana kata-katamu dan kau benar,mungkin aku sudah tidak mencintaimu.Tetapi,sampai bilakah kau terusan menyangka aku tidak lagi mahukan kau sebagai kekasihku..
sampai bilakah aku terusan cemburu dan ragu pada ketabahan kau mahukan aku sebagai surimu.
Di garisan waktu..
Kita senyap menyapa.Lemah kaki melangkah,Lesu tangan mencapai..garisan ini belum putus,cuma terhenti.
Luluh sudah hati mengharap...benarkah,waktu yang terus berlalu ini,kita masih bersama memegang janji.Ingin menggotakan kata..
Cinta yang tercipta di garisan waktu
pada halaman muka buku..



Maymeng..20/3/2010
( Juga tersiar di laman Facebook)

Lepaskan saja...

Saya ditanya soalan tentang perasaan.Antara rela dan terpaksa, hidup ini sebenarnya sebuah 'kota' yang terbina dari serpihan kegagalan yang mengajar erti kejayaan mahupun kebahagiaan.Mahu berhenti pada langkah yang tersungkur atau bangkit dan melangkah semula.Tidak semua boleh melangkah dengan mudah.Malah banyak yang gagal mahu berlari meskipun telah bersiap di garisan permulaan.Apa-apapun, ini lah hidup.Mahu atau tidak, perjalanan kita belum tentu panjang dan tidak pasti singkat.

Seorang kawan mengadu hasrat ingin berpasangan.Bukan kali pertama, tetapi sudah berulang kali menyatakan hasrat ingin punya pasangan dan membina sebuah keluarga.Apa daya, jika Allah telah menyuratkan dalam suratan takdirnya, cinta tidak semestinya bersatu, maka apa lagi yang terdaya dilakukan.Melangkahlah kawan, jalan itu bukan laluan yang sesuai.Maknanya, dia bukan jodohmu.Mari kita mulai langkah baru pada laluan yang lain, siapa tahu....untung sabut timbul.Untung batu tenggelam.Ah, sukar juga memberi semangat kepada hati yang berduka.Bicaranya penuh rasa hampa dan terasa perit juga mahu menyelami apa yang sedang dirasa.Alhamdulillah, mungkin sudah nasib yang hampir sama...saya tahu, rasa kecewa, hampa dan duka yang melilit tangkai hati.Lebih lagi seorang wanita.

Lepaskan saja walau sukar.Mungkin di situ, ada hikmah terbesar yang Allah mahu berikan.Lepaskan saja, walaupun rasanya sangat sakit.Mungkin di sana, kesakitan yang terasa akan mengajar kita erti syukur dengan nikmat yang ada.Lepaskan saja, jika inilah hakikat yang terpaksa diterima.Antara rela dan terpaksa, di tengah-tengahnya ada rahsia....

Lepaskan saja, saya.Tiada batas rasa kasih dan sayang, tanpa jemu dan ragu.saya merelakan, kamu mungkin tenang bersamanya.Dan saya dihadirkan untuk menguji hati sesama kita.

Lepaskan saja, kawan.Kita mula hidup baru.Walaupun ia mungkin masih berwarna kelabu.Di situ kita kutip debu untuk membena harapan baru.

Lepaskan saja, kita berhenti sampai di sini. 

Thursday, March 22, 2012

Bila Hati Sakit, Seluruh Jasat Terasa Sakit...

Semua urang pernah rasa sakit ati.Sik terkecuali aku.
Bezanya, tahap sakit ati seseorang iya.Macam aku, sakit ati ya nang dah kedak angin ngan aik.Antara aikmata ngan tetak bahagia, nangis sebab sakit ati yang nang sikpat dicerita.Apa-apapun, idup aku nok singkat sik pat nak nurut gilak rasa sakit ati ya.Diturut makin sakit.Terimak ajak lah walaupun susah.
Beberapa ari lepas, kawanku ngidap sakit ati tahap bersumpah seranah.Ngan aku nya meluah rasa sakit ati ya sampey sik kira apa jak nak disebut ya manis ataupun jaik didengar.Dah nama sakit ati tek ndak, apa jak semua boleh.Pesanku ngan kawanku, sakit ati ya ujian hidup.Semua iya kehendak Allah.Allah ya Maha Mengetahui bait yg nampak maukpun nok sik nampak.Selalu kita mun bercakap madah, kita berserah kpd Allah tapi bila part sakit ati, kita lupak semuanya.Berserah apa namanya ya...Kesian ngan kawanku, sakit atinya sampey aritok lom kebah juak.Asal teringat ajak alula mulutnya sik berfikir agik nak nutor kata.Kadang2 gelik ati juak aku, tapi sebagai kawan yang diberik kepercayaan, aku tetak masa nya nutor word nok sikpat otakku terimak ajak.Tapi alhamdulillah, sikit sebanyak, moharnya adalah kurang sikit diembak berguro.Orang sakit ati kedak ya, mun pandey kita ngembak watak, ilang stressnya.Apa2pun, aku terus berharap sakit ati yg selalu datang dalam idup aku sikkan menjerumuskan aku kelembah hina.Sakit ati, bila diluar kawalan akan menjadi racun yang sekda penawarnya.
Kita gagal mengawal rasa sakit ati sehinggakan akibat sakit ati, seluruh jasad kita turut merasa sakit.Kadang-kadang kesihatan terganggu terus.Bersabarlah wahai hati, sakit ya asbab Allah nak tinggikan darjat kita di sisi-Nya.Walaupun di sisi manusia yang menyakit, kita kelihatan lemah dan sangat sik berguna.Tetapi di sisi Allah, dengan bersabar, kita akan menjadi mulia.
Mun asa nak nangis kerana sakit gilak ati ya, nangislah sepuasnya asal jangan mudarat dirik mpun.Kadang mulut tok mun nok molah dosa senang jak.Bukan dosa dirikmpun jak tp molah org lain berdosa sama.
Aok eh, mupok lok aku..ngerepak nulis hal sakit ati.Mentang2 aku tok tek tengah nak ngawal sakit ati ku mpun.Sabarrr, pesanku ng dirik mpun.Mudahan kongsi pasal sakit ati nok pengisian tulisanku sik banyak bolehla nurun tekanan yg sedang menekan dan molah pam jantungku makin laju.ujung mati mudak gik aku kelak.Ku gik nak idup tok, walaupun sik senang lenang, sekurang2nya aku sik nyusah urang.Mun ada gik sapa2 nak nyakit ati aku..teruskan, ku sekda masa juak nak melayan.Mudahan Allah ngampun dosa ktkorg....
Yang penting...aku nak banyak beramal, jadi hamba Allah yang bertaubat sbb ku tauk aku byk juak dosa masa idup tok..Ya Allah.....

Jagalah hati kita kerana mun kita lom dapat njaga ati kita mpun, mustahil kita leh njaga ati org.
"Allah mengasihi Hamba-Nya dengan menghantar ujian.Sabar itu adalah jalan penyudahnya"

Wednesday, March 21, 2012

Wahai bayu, kuakur bila salam rindu ini tidak sampai kepada dia.
Kerana telah lesu engkau melayang ke sana.
Namun, aku tidak akan jemu, menyebut namanya...
Lena atau jaga.

Sunday, March 18, 2012

Berpesan dengan kesabaran, berpesan juga dengan kebenaran...

Mai pren...
kita idup sekejap jak.Angka bukan ukuran.Agiknya 60-70 taun, sekelip mata jak mun banding ngan akhirat sehari bersamaan ng 1000 taun.Jadi istilah sakit ati ya semenarnya biasa jak.Bukan ku nak lawa mesan ngan kitak org tentang idup nok sementara tok.Tapi berpesan-pesan ya salah sigek sifat manusia yg beriman.Bukan juak ku nak madah aku tok beriman gilak, biasalah kita manusia besa..kadang2 iman nait, kadang turun.So, sik salah kita berpesan2 dengan kesabaran berpesan2 juak dgn kebenaran.
Sorang pren ku di Kuantan, namanya Kiah.Selalu madah, "Hidup kita tok pinjaman semata2.Jadi jangan kita merasa reta dan masa nok kita ada ya kepunyaan kita.Semua ya dipinjam oleh Allah ngan kita sementara kita idup lam dunia.Sampey masanya, apa yg kita pinjam mesti kita pulangkan balit pd yg berHAK."
Jadi....
Sakit dan sihat ya ujian.Kacak ngan buruk pun ujian.Miskin dan kaya juak ujian.Dikutuk, dipuji, dianok, disinder, dibulak, dibodo semua ya ujian.Ada jenis urang dapat melawan ujian sakit.Ada juak sik tahan dengan ujian miskin.Sik kurang juak ada nok sik lalek diuji ngan rupa buruk.Tapi selalu kita nemu urg kalah juak bila diuji dengan kutuk dan keji.Manusia, biasalah..suka kenak puji, suka juak disanjung tinggi.Jarang kita nemu org kaya nok kuat bila diduga, apagik org pandey dicabar oleh org bodo.Semua ya saling berkait.
Kinek tok sia sitok kita nenga orang cerita tentang ari kiamat.Akhir jaman la, dunia dah tua la.Macam2 gik.Tapi keadaan tetap sama.Pernah dikatakan satu ketika dolok, islam akan bangkit bermula di sebelah Asia.Menar..kebangkitannya nang macam kulat tumbuh atas kayu lepas musim ujan.Jaman kamek org gik mbiak dolok marek, mpuan bertudung nang susah ncarik kerja.Kinek tok mengarey jak mpuan makey tudung kerja sia sitok.Nang kacak.Tapi dalam kacak2nya kesedaran nok ada depan mata kita airtok, smenarnya terselit dugaan besar nok kita sik semua sedar.Aritok ngan jaman marek sama jak.Bezanya kemajuan dan kemunduran.Kejahilan dan kesedaran.Antara pendosa yang berilmu nagn pendosa nok sikda ilmu.Pendosa yang berilmu ya jauh lebih teruk banding ngan nok sekda ilmu.Tauk kenak? kerana Kejahilan yang disengajakan.
Adohh..melelat gik aku.Udah la gik Nak nulis panjang2 ujung ngumpat walaupun niat tek bukan la nak ngegeh ngeso ada sikit pengetahuan tapi niat nak beringat2.Kata Nabi Allah.."Ucapkanlah walau sepotong ayat" InsyaAllah, apa nok kita tauk, kita amal dan sampeykan ngan orang lain dan mudahan hidayat Allah tersebar keseluruh alam.Asbab...Ikhlas niat nak beringat.
Okla geng..ku chow lok.Maap zahir batin mun ku da molah ktkorg sak ati.Ku manusia, bukan nabi...hehee

Tuesday, March 13, 2012

Perjalanan Waktu Yang Bukan Milik Aku...

Bukan mudah berjalan dengan kaki yang tercucuk duri.Apalagi berlari dengan pantas di atas dataran yang tidak rata.Tentunya banyak kali terjatuh, tersungkur, tergolek dan tak kurang juga terkulai lesu.Namun perjalanan waktu yang bukan milikku menuntut larian yang panjang harus berterusan agar tidak menganggu gugat masa kepunyaan sesiapa.
Namun pun begitu, saat waktu adalah milikku, bisakah ku mendapatkannya dengan tanpa mengharap apa-apa.Datang dengan rela dan pergi tidak pernah dipaksa.Belum pasti, milikku adalah kepunyaanku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, March 3, 2012

Sometime....

sometimes wish you love as not incurred.
sometimes miss the speech just like you describe
sometimes you like to persuade my only here
but the love that I say and imagine my heart not to persuade but the impressions of a heart.
does not matter, I'm used like this.
03/03/2012