Monday, March 26, 2012

Di Garisan Waktu..




Engkau hadir menyapa dan bertanya.Sapaan itu aku sambut dan soalan itu aku jawab.Ringkas dan padat.Sejurus itu di garisan waktu kita bertemu.Dari seorang rakan coretan bertukar menjadi insan bercinta.Waktulah satu-satunya saksi janji dan sumpah..
Madah dan lagu bukti resah yang bertandang di sudut hati.

Waktu..andai kau bisa berkata,pasti terkaku mereka mendengar cerita.Kisah aku dan dia,bermain api di atas garisan waktu.Tidak terleka dengan hukum-Mu tuhan,bahawa kami tak akan bisa bersama.Kami berdosa dalam meluahkan perasaan cinta.Kerana tercipta jurang di antara kita,aduhai cinta.Jurang bernama duka.

Waktu juga bisa membuktikan aku padamu.Dan kau padaku.Usahkan, melafazkan kebenaran..aku tidak mungkin mampu menduga sejauh mana kata-katamu dan kau benar,mungkin aku sudah tidak mencintaimu.Tetapi,sampai bilakah kau terusan menyangka aku tidak lagi mahukan kau sebagai kekasihku..
sampai bilakah aku terusan cemburu dan ragu pada ketabahan kau mahukan aku sebagai surimu.
Di garisan waktu..
Kita senyap menyapa.Lemah kaki melangkah,Lesu tangan mencapai..garisan ini belum putus,cuma terhenti.
Luluh sudah hati mengharap...benarkah,waktu yang terus berlalu ini,kita masih bersama memegang janji.Ingin menggotakan kata..
Cinta yang tercipta di garisan waktu
pada halaman muka buku..



Maymeng..20/3/2010
( Juga tersiar di laman Facebook)

No comments:

Post a Comment