Sunday, September 16, 2012

Perjalanan Ini Masih Jauh..

Hujan yang mencurah sejak petang tadi membangkitkan suasana resah.Kesejukan yang menggigit kian sampai ku tulang hitam.Aku bingkas dari baringan yang tidak selesa.Tekak yang perit berserta mual yang panjang bergabung rasa pilu yang bergayutan.Ya Allah, ujian hidup ini tidak pernah surut.Aku membayangkan, bagaimana jika di ketika hujan sedang berguguran, angin kencang dan jasad yang lesu, aku berjalan meredah kehidupan.Mencari atap tempat berteduh.
Satu persatu wajah polos anak-anak kutenung lama.Airmata sudah mengering di pipi.Dengkuran kecil bersahutan.Jika bukan kerana wajah-wajah itu, sudah lama aku patah hati dengan lorong kehidupan yang perit ini.Duri yang menikam kaki sudah tidak terasa tajamnya lagi.Cuma jejak kaki tetap berdarah.
Aku mencari kekuatan dari raut wajah mereka.Yang kulihat, dari hujung kening hingga hujung bibir, harapan bagaikan lautan yang luas.Di dalamnya, mereka mencedok air buat kesinambungan hidup.
Perjalanan hidup ini masih terlalu panjang, meski aku merasa semakin lemah mahu melangkah.Kukira, perjalanan ini hars terhenti disini, dan berharap mereka bisa menyambungnya.Tetapi naluriku....
Lantang berkata,
Teruskan saja, biar mati tidak berpusara.

No comments:

Post a Comment