Hujan yang mencurah sejak petang tadi membangkitkan suasana resah.Kesejukan yang menggigit kian sampai ku tulang hitam.Aku bingkas dari baringan yang tidak selesa.Tekak yang perit berserta mual yang panjang bergabung rasa pilu yang bergayutan.Ya Allah, ujian hidup ini tidak pernah surut.Aku membayangkan, bagaimana jika di ketika hujan sedang berguguran, angin kencang dan jasad yang lesu, aku berjalan meredah kehidupan.Mencari atap tempat berteduh.
Satu persatu wajah polos anak-anak kutenung lama.Airmata sudah mengering di pipi.Dengkuran kecil bersahutan.Jika bukan kerana wajah-wajah itu, sudah lama aku patah hati dengan lorong kehidupan yang perit ini.Duri yang menikam kaki sudah tidak terasa tajamnya lagi.Cuma jejak kaki tetap berdarah.
Aku mencari kekuatan dari raut wajah mereka.Yang kulihat, dari hujung kening hingga hujung bibir, harapan bagaikan lautan yang luas.Di dalamnya, mereka mencedok air buat kesinambungan hidup.
Perjalanan hidup ini masih terlalu panjang, meski aku merasa semakin lemah mahu melangkah.Kukira, perjalanan ini hars terhenti disini, dan berharap mereka bisa menyambungnya.Tetapi naluriku....
Lantang berkata,
Teruskan saja, biar mati tidak berpusara.
Sunday, September 16, 2012
Wednesday, September 5, 2012
Saya Rindu Awak..
Andai saja awak tahu.Saya rindu awak..
Di setiap detik waktu yang datang dan pergi.
Terkadang, kesepian yang berputar membawa bayang awak
Dan saya malu mahu mengapainya.
Kerana rindu membuat saya seperti orang gila.
Tersenyum dan menangis.
Saya tidak mahu menangisi masa lalu
Meski saya sangat merinduinya.
Saya juga tidak mahu melupakan cerita pedih
Meski saya tersakiti teringatkannya.
Andai saja awak tahu, semua itu sejarah kita
Suka atau duka.
Disana, saya bersimpuh menngumpul rasa.
Membuat saya rindukan awak...
5 september 2012- Selayang Baru, Kuala Lumpur
Tuesday, September 4, 2012
Dari Kedalaman Hati..
Deruan angin malam bercampur bunyi enjim moto yang silih berganti.Semalam, pada waktu begini saya berusaha melelapkan mata setelah seharian hanya duduk dan baring di depan TV dengan cereka yang entah-entah.Mata memandang kosong pada skrin manakala fikiran jauh melayang.Sepanjang hari juga mengharapkan handphone berbunyi.Sekurang-kurangnya, saya ada teman berbicara.Tetapi tiada.Kemana perginya....
Kesepian yang melingkar membuat hati saya mudah tersentuh.Bayangan kehidupan yang saya lalui bermain di ingatan.Saat indah menjadi sangat perit untuk dikenang.Saat pahit amat seksa untuk dilupakan.Bukan sekali, saya menitiskan airmata.Antara tangisan rindu, kesal dan bahagia.Semuanya terbit dari kedalaman hati ini.
Sepanjang malam sehingga dinihari yang bayunya membawa suara bacaan kalimah indah dari corong pembesar suara masjid At Taqwa,Selayang Baru.Saya masih menatap siling bersama resah yang tidak padam.Entah kenapa, mata ini menjadi sangat gagah untuk merenung kosong siling yang beku!Apa mungkin, malam ini ia berulang lagi?
Sebenarnya, saya rindu.Pada semuanya.Terutama pada kebahagiaan dan keriangan yang jarang saya temui.Bibir mungkin bisa menyembunyikan tangisan, tetapi mata sering menceritakan berjuta rasa.Lalu, dinihari ini, saya terus mengganyam untaian rasa agar menjelang fajar nanti, ia sedia dibentangkan kepada siang yang belum pasti mampu merawat jiwa yang sedang tertanya-
tanya.
Ya Tuhan, rindu yang Kau anugerahkan kepadaku ini bukan secuit, tapi selaut.Geloranya terbuai oleh tiupan angin resah.Gelombangnya menghempas pantai hati namun tidak mampu menghakis pepasir harapan, semoga rasa yang bermukim ini menjadi sebuah istana bahagia.Di sana, ku mahu berkampung dengan'nya' meski sering membahang mentari pagi...
(jiwang besi berkarat, timbang kilo tak laku..)

Monday, September 3, 2012
Semangat Raya Yang Pudar..-
Lebih sebulan lalu, saya mengalami kemalangan kecil.Tetapi, kesannya mungkin berpanjangan kerana sejak hari itu, saya hilang keupayaan menggenggam.Kekuatan jemari dan tangan kanan berada pada tahap yang amat mengecewakan.Tipulah, andai saya menafikan bahawa saya tidak menangis mengenangkan apa yang terjadi.Dalam kata lain, saya juga pernah rasa putus asa.Kebelakangan ini, saya belajar menggunakan tangan dan jari kiri lebih dari kebiasaan.InsyaAllah, jika saya kuat dengan ujian ini, saya mampu memiliki keupayaan yang hilang hanya dengan sebelah tangan.Saya tidak cacat! Saya cuma mengalami kecederaan yang mengakibatkan trauma pada tangan kanan.InsyaAllah juga, saya akan kembali sembuh seperti sedia kala.Saya yakin, setiap apa yang terjadi adalah atas sebab Allah mengasihi saya.
Ramadhan ini, saya berehat panjang dari berdamping dengan mesin jahit dan peralatan menjahit.Rasa rindu yang bergayutan pada tugas menjahit membuat saya rasa sangat hampa.Sepi tanpa bunyi mesin di tengah malam seperti ramadhan-ramadhan yang lepas.Semangat raya juga menjadi pudar.
Syawal kian melabuh tirainya...
walaupun saya berusaha membangkitkan semangat yang bersisa, namun yang pudar itu sukar diwarnakan kembali.Akhirnya, saya belajar untuk redha pada apa yang terjadi.Mungkin raya tahun depan, akan lebih bermakna buat kami, yang tahun ini hanya berbaju raya hasil dari membeli bukan penat berjaga tetapi rasa menyarungnya ke tubuh sangat berbeza....
Ya Allah, ampuni aku di atas segala dosaku.Ini mungkin pengampunan darimu.Syukur ya Allah...
Sunday, September 2, 2012
Saturday, June 23, 2012
Andai Takdirnya...
Aku tersentak agak lama.Menggigil jemari dan tubuh badanku.Fikiran mulai mengosong.Sekelilingku tampak sangat asing...Kekuatan yang merangkak dari arah mana, mengajak aku berteleku memikirkan jalan yang telah aku tempuhi hari ini, semalam dan sebelumnya.
Ya Allah, ujian apakah ini? Apakah benar, aku manusia terpilih melalui ujian yang sangat perit ini.Janji apakah yang Engkau mahu berikan kepadaku?
Kulontar pandangan kosong seperti kosongnya fikiran yang sedang kurasai.Kelam warna langit, ada rintis hujan malu-malu mencium permukaan bumi.Kusentuh dada yang terasa perit dan sebak.Degup jantungku tidak sekata, yang kurasa ia laju dan kucar kacir.Berdenyut seluruh sendi, lantaran dipaksa untuk gagah berdiri.Aku enggan menangis!
Ya Allah, berikan aku secebis lagi kekuatan.Andai takdirnya aku kehilangan tenaga untuk terus berjalan di laluan ini.Aku hanya meminta untuk mampu membawa diri.Ke sisiMu ya Tuhan, bersama harapan...Ku ingin segera memegang janjiMu.
Hah..! Kebenaran mungkin telah jelas.Aku tidak mahu tahu apa sudahnya.
Doa dan harapanku, berbahagialah kalian.

Wednesday, June 20, 2012
Menyesalkah Aku...
Ketika engkau datang bersama harapan,
Tiada tertepis segala dugaan.
Kau tahu, ku ingin pulang...
Kau tahu, aku telah kelemasan.
Melihat engkau di sudut kejauhan
Tertindih perasaan antara kasih dan keraguan.
Ku mahu melepasakan derita yang bertandang
memberi engkau bongkah bahagia.
Aku rela menderita...
Menyesalkah aku pada jalanan sejauh ini
Memilih bersamamu untuk diduga.
Engkaukah atau akukah, yang mengapai bayang kenangan
Mencari titik kesudahan
Harapan setinggi langit.
Engkau tahu, aku takut rebah kerana aku lemah.
Kuantan,Pahang
21/6/12- 2.37am

Subscribe to:
Posts (Atom)