Thursday, May 27, 2010

Harga sebuah perjalanan....
Seperti biasa,tahun ini aku hadiahkn sepotong puisi buat insan yang aku panggil Ibu.Tetapi bezanya tahun lepas,aku mendeklamasikannya di corong radio tempatan.Dan tahun ini,puisi yg berbeza kusiarkan di laman sosial Facebook.Sukanya apabila puisi tersebut mendapat sambutan yang baik dan melalui puisi tersebut dalam masa sehari,bilangan rakan meningkat dengan mendadak.Terima kasih Ibu kerana memberiku ilham.

Bercerita tentang "sebuah perjalanan.." sebagai seorang anak yang mungkin agak degil dan nakal satu ketika dulu.Aku benar-benar berharap semua itu cukup untuk menjadi pengajaran buat diriku.Di kedewasaan ini,aku selalu merasakan kasih sayangnya amat luar biasa.Dan setiap kali terkenang semua pengorbanan Ibu,mata tidak pernah lokek untuk menangis.Aku bukan wanita yang cenggeng,tetapi hati ku mudah tersentuh.Ibuku seorang wanita yang tabah.Kadang-kadang kesabarannya,menguris hatinya sendiri.Dan kadang-kadang ketabahannya membuatkan dirinya seperti manusia yang tidak punya prinsip hidup..semuanya adalah untuk sebuah perjalanan anak-anaknya.Dan aku adalah salah seorang diantara mereka.Mungkin aku tidak pernah tidak menyakiti hati Ibu,malah aku akui..aku belum mampu menjadi anak yang berjasa kepadanya.Semoga doa-doaku untuknya dimakbulkan tuhan.Jika hanya itu yang termampu aku lakukan.

"Sebuah Perjalanan..."banyak mengajar tentang bagaimana aku perlu mengharagi setiap sesuatu yang telah tuhan itu tentukan.Tidak kira,perjalanan hidup aku lebih banyak duka berbanding ceria.Sedaya mungkin,aku ingin membahagiakan semua insan yang bersamaku....di sini,di luar sana dan di Facebook.Kerana tanpa semua itu,perjalanan yang entah panjang atau pendek ini akan menjadi lebih beeharga.
Aku semat semangat kekuatan Ibu di dalam jiwaku sebagai azimat sebuah perjalanan....
SELAMAT HARI IBU.....

Saturday, May 15, 2010

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sayang yang terucap....
Mungkin agak pelik sikit kerana kali ni aku tak menyiarkan puisi-puisiku sebagai halwa mata di blog 'Sebuah perjalanan..' ini.dan sebagai permulaannya,catatan ini khas menceritakan tentang SEBUAH PERJALANAN hidup seorang aku yang bernama Hasmahwati atau lebih glamernya dikenali sbg Hasma Maymeng di laman sosial Facebook.

Sejak kebelakangan ini,aku sering diduga oleh keadaan,kawan dan keluarga.Yang paling menyakitkan apabila bergaul dengan berbagai lapisan masyarakat di laman sosial Facebook.Walaupun jumlah rakan-rakan tidaklah ramai hingga mencecah angka ribu,tetapi yang lebih dari seratus itupun sudah terlalu mencabar dirasakan.
Adakalanya kita tidak sedar,sikap kita mungkin menjengkelkan orang lain walaupun kita berkawan dengan niat yang baik.Aku pun bukanlan seorang insan yang sempurna.Dalam pergaulan walau hanya di alam maya,aku tidak terkecuali menjadi mangsa sakit hati dan benci..Jika satakat iri hati dan benci,aku masih boleh menerimanya sebagai satu dugaan.Kerana biasalah kan,manusia selalunya tidak puas hati dengan apa yang mereka ada.Namun demikian,dugaan yang teramat pedih dirasakan sepanjang bergaul dgn bermacam jenis orang di Facebook,aku dikejutkan oleh renjatan fitnah yang amat memalukan.Apakah sebabnya aku difitnah sebegitu rupa? Malu dan dendam mula menapak dalam hati.Jika diikutkan kata nafsu,telah lama aku membalasnya tetapi aku akur,mungkin semua tu Allah datangkan padaku membawa hikmah yang amat besar.Bila aku telah redho dengan ketentuan yang Allah tetapkan,bukan bererti aku telah memaafkan...

Sebuah perjalanan yang panjang ini benar-benar berliku.Mungkin ramai yang telah terdengar tentang apa yang difitnah terhadap aku,tapi aku tidak akan gentar dan menyerah kalah.Perjuangan ku dalam merealisasikan cita-cita tidak akan berhenti di sini sahaja.
Semoga Allah membuka pintu hatiku untuk memaafkan 'dia' ..dan sesungguhnya,walaupun aku kesal atas apa yang terjadi,aku tetap menghargainya sebagai salah seorang rakan yang mungkin telah banyak memberiku pengajaran tentang makna hidup yang sebenar.~ 16 Mei 2010*

Thursday, April 8, 2010

Seandainya Aku Tahu..




Benarkah di hatiku kini telah terukir namanya..yang bergelar kekasih.
Benarkah di hatiku kini turut terlukis wajahnya..yang kesamaran dalam terang.
Aku tidak bisa menjawab persoalan itu kerna aku masih mencari kepastian dalam kesungguhan sebuah perkataan.Belum terbukti lagi dengan perlakuan.
Mungkin tidak tercapai oleh kenyataan.
Kerana seandainya aku tahu..
Dalam pengembaraan ini,aku dipertemukan dengan dia yang memberiku harapan dari sisa-sisa kehampaan terhasil dari bahagia yang sudah hanya menunggu masa untuk pecah di dada keegoan.
Sudah tentu,aku mengharapkan masa itu tiba dengan secepatnya.Agar dapat aku berlari menghampirinya sekalipun jarak tidak terkata jauhnya.
Seandainya aku tahu,keasyikan yang kulalui ketika berayun di buaiannya asmara, mencampak aku ke lurah berlumpur.Tersungkur dengan beban kerinduan yang melemahkan jiwa nan bergelora..
Pasti aku tidak menyambut huluran cinta mu.Dan akan aku berlari menjauhi simbahan wangian kasturi kasihmu.sekalipun tepercik sekadar di hujung baju.
Seandainya aku tahu.dihati ini benar-benar telah terukir namamu.Akan ku kikis satu persatu.Agar tidak lagi aku merindu.
Seandainya aku tahu dihati ini memang telah terlukis wajahmu.Akan ku butakan mata hatiku,agar tidak lagi ku mengharapkan kau memandang aku..

Aduhai jiwa..
seandainya aku tahu,hari ini payah benar mengusir rindu.Ingin aku memohon diundurkan waktu.Agar tidak tercipta ruang untuk kita menyulam jaring-jaring resah pada sebuah impian.Bertemu di alam kenyataan.
Seandainya aku tahu,kini aku begitu terseksa menjadi insan yang terlalu menyintaimu.Relakanlah perpisahan itu terjadi.Kerana aku tahu.Dihatimu,ada cinta dalam rindu..tetapi bukan untuk ku.

Seandainya aku tahu,yang lebih kau puja..
yang lebih kau sayang..
yang labih kau mahu..
yang lebih pantas buatmu..
tak kan terusan aku memetik bunga-bunga harapan
yang sememangnya terdahulu layu di dahannya.
Seandainya aku tahu...
tidak mungkin aku terus merasa tertipu..



Maymeng-31/03/10
(Tersiar juga di laman Facebook)

Thursday, March 18, 2010



Izinkan Aku Terus Di Sini..




Teringat pada detik perkenalan kita,yang terkadang membuat aku senyum sendirian.Tidak pernah sekalipun menduga akan menjadi sebahagian dari hidupmu.Tidak pernah menyangka kau akan mengisi kekosongan hati ini.Betapa anehnya sebuah perkenalan.Hari ini aku masih tertanya-tanya tentang apakah yang mengikat kita sehingga menjadi terlalu akrab.
Adakah kerana pandangan pertama,satu kesilapan mata.Aku bukan seperti yang tergambar..
Adakah kerana kata-kata,satu kesilapan tafsiran.Aku bukan seorang pujangga..
Adakah kerana takdir-Nya,suatu hukuman atau telah tersurat di azali kita.

Teringat kembali pada sapaan pertama.Berbahasa penuh sopan dan berhati-hati dengan setiap perkataan.Perjalanan masa mengeratkan rasa,menjadikan setiap perkara ingin dikongsi bersama.Demi masa,benarlah kita berada dalam kerugian..
Setiap kenangan yang kita cipta bersama telah menghanyutkan kita..
Setiap kisah yang kita lalui bersama telah menjahanamkan rasa takwa..
Setiap kata-kata yang kita ungkapkan bersama telah membuahkan secebis rasa....
Izinkan aku melafazkan rasanya...
Iaitu Cinta..
Kasih..
Sayang...
rindu..
dan Cemburu...

Terkenang pada laluan-laluan bahagia,selalu membuatkan aku tertawa dalam kerinduan.Bila resah menjelma,aku ingin kembali kesana.Memecah bongkah-bongkah derita dan meniup debu-debu ragu...
Aku rasa ingin menjerit..
Aku rasa mahu melaung..
untuk menyatakan rasa yang mengumpal dan menebal dalam jiwa.Biar alam turut mendengar
Biar kamu turut merasa..
Aku ingin terus disini.
Aku disini..mengenangmu,insan.Dalam renungan yang panjang dan tidak berpenghujung.Alangkah besar kuasa dan hukum-Mu..Ya Allah akibat rasa lekaku.
Mengharapkan kekasih selain diri-Mu..
Ya Tuhan,aku genggam hatiku lalu ingin kulontarkan jauh ke dasar laut milik-Mu.Dan aku tak mungkin mampu menyelami dalamnya kasih-Mu.Tapi aku merasakan aku bisa menyelami hatiku..
Izinkan aku terus disini.Berulang waktu mengingati kenangan-kenangan kita.Bila tiba masanya,jika aku diminta untuk melupakannya,pasrah aku pada segala ketentuan yang Maha Esa.Walau ternyata sampai bila-bila tidak mungkin aku merelakannya.
Izinkan aku terus disini..
dihatimu..
dihati kita..



Maymeng-16/3/2010

(Tersiar juga di laman Facebook)

Friday, March 12, 2010

Rasa yang teramat sukar untuk dinyatakan..Rindu !


Hadirnya di sudut hati.
Kadang kala terluah dari kata-kata.
Yang lahirnya dari jiwa.
Kadang kala tergambar pada sinar mata.
Yang mekar dari rasa cinta.
Kadang kala juga menjadikan ia amat kurang disenangi..
lebih menyakitkan dan terlalu meresahkan.

Bantulah aku untuk mentafsir makna rindu
kian hari payah untuk kutepis
semakin hari,semakin menebal dan membeku...
sering jua rindu itu mengajar aku
tentang kesetiaan dan kesabaran.
Namun cemburu seakan bisa
membinasakan keteguhan jiwa..
Amat sukar untuk menyatakan rasa..
sebuah rindu..
walaupun ia sekecil debu.

Maymeng-13/3/2010

Wednesday, March 10, 2010

Antara..

Apa yang kau pilih antara kaya atau miskin,seharusnya kau pilih untuk bersyukur.Kerana kaya tidak kekal seperti yang kau pertahankan.Satu ketika,kekayaan itu bukan lagi kepunyaanmu,
akan ditinggalkan selamanya..
Apa yang kau pilih antara cinta dan airmata,seharusnya kau pilih untuk bahagia.Kerana cinta tidak seindah yang kita sangka.Penuh onak dan durinya.Jika dulu laluan kau dan aku penuh liku...
kini penuh duri,airmata untuk kubasuh luka-luka ini.
Apa yang kau pilih antara harta dan dunia,seharusnya kau pilihlah akhirat,kerana harta bukan jaminan dan dunia bukan kehidupan yang sebenarnya...
Yang aku temui antara suka dan derita,sebuah pengalaman dari sebuah pengorbanan.
Biarpun tiada awal dan penghujungnya..
aku pasti pilihanku...
seandainya diberikan dua pilihan antara dikasihi dan mengasihi...
aku pilih untuk setia.
Andai diminta untuk setia dalam kecurangan,
aku memilih untuk menunggu..
dan terus menunggu..


Maymeng-9/3/201
(tersiar juga di laman Facebook)

Tuesday, March 9, 2010


..Mari membaca puisi Versi bahasa Sarawak..

Apa Bezanya..

Apa bezanya kita, pada rupakah atau umo
mundak pada agama atau bangsa.Nok ku tauk,kita dah serasi bersama.
Sekda masalah ngan semua iya,jadi apa bezanya ?
Ada urang nusey,mun kita berkawan,kita mesti sama palak.
Sik kira lah ko berambut kah..
ko bertudung kah..
ko makey kopiah ka..
ko ngedai rambut ka..
atau palak ko bisik kutu..berlinsak.
Apa bezanya,kita sama jak bah.
Berkawan dgn niat bait.
Saling merik dan nerimak
apa juak jenis plentey,asal sik nyakit ati.
Biasalah nakk..
ada masanya kita kecik ati,kelaie dan beranok kedirik
Sukati tak urang sia !

Tetapi,apa bezanya mun kita berkawan sik sama palak
yang pentingnya sefahaman
boleh ngekot rentak kita mpun..
Sik lalek la kawan kita ya jenis ceridak ka
suka molah muka jaik ka..
selalu kenak buli ka..
perasan muka kacak ka..
rasa diriknya bagusla tek.
Semua iya dah kejadian manusia,sik semuanya sempurna.
Jadi apa bezanya ?

Mun semua kawan kita sama jak kedak kita
tentu suasananya hambar,sekda aneka ragam.
Sik berkembanglah situasi...bekuk jak.
Macam ais....
Sik kesah la,sapa kawu...sapa aku..
sapa sidak dan sekda bezanya kita..
dalam berkawan.
Sebenarnya.....
Ada ku kesah ?
Elehh,laleek aku.


Maymeng-3/3/2010
(Tersiar juga di laman Facebook)