Monday, September 3, 2012
Semangat Raya Yang Pudar..-
Lebih sebulan lalu, saya mengalami kemalangan kecil.Tetapi, kesannya mungkin berpanjangan kerana sejak hari itu, saya hilang keupayaan menggenggam.Kekuatan jemari dan tangan kanan berada pada tahap yang amat mengecewakan.Tipulah, andai saya menafikan bahawa saya tidak menangis mengenangkan apa yang terjadi.Dalam kata lain, saya juga pernah rasa putus asa.Kebelakangan ini, saya belajar menggunakan tangan dan jari kiri lebih dari kebiasaan.InsyaAllah, jika saya kuat dengan ujian ini, saya mampu memiliki keupayaan yang hilang hanya dengan sebelah tangan.Saya tidak cacat! Saya cuma mengalami kecederaan yang mengakibatkan trauma pada tangan kanan.InsyaAllah juga, saya akan kembali sembuh seperti sedia kala.Saya yakin, setiap apa yang terjadi adalah atas sebab Allah mengasihi saya.
Ramadhan ini, saya berehat panjang dari berdamping dengan mesin jahit dan peralatan menjahit.Rasa rindu yang bergayutan pada tugas menjahit membuat saya rasa sangat hampa.Sepi tanpa bunyi mesin di tengah malam seperti ramadhan-ramadhan yang lepas.Semangat raya juga menjadi pudar.
Syawal kian melabuh tirainya...
walaupun saya berusaha membangkitkan semangat yang bersisa, namun yang pudar itu sukar diwarnakan kembali.Akhirnya, saya belajar untuk redha pada apa yang terjadi.Mungkin raya tahun depan, akan lebih bermakna buat kami, yang tahun ini hanya berbaju raya hasil dari membeli bukan penat berjaga tetapi rasa menyarungnya ke tubuh sangat berbeza....
Ya Allah, ampuni aku di atas segala dosaku.Ini mungkin pengampunan darimu.Syukur ya Allah...
Sunday, September 2, 2012
Saturday, June 23, 2012
Andai Takdirnya...
Aku tersentak agak lama.Menggigil jemari dan tubuh badanku.Fikiran mulai mengosong.Sekelilingku tampak sangat asing...Kekuatan yang merangkak dari arah mana, mengajak aku berteleku memikirkan jalan yang telah aku tempuhi hari ini, semalam dan sebelumnya.
Ya Allah, ujian apakah ini? Apakah benar, aku manusia terpilih melalui ujian yang sangat perit ini.Janji apakah yang Engkau mahu berikan kepadaku?
Kulontar pandangan kosong seperti kosongnya fikiran yang sedang kurasai.Kelam warna langit, ada rintis hujan malu-malu mencium permukaan bumi.Kusentuh dada yang terasa perit dan sebak.Degup jantungku tidak sekata, yang kurasa ia laju dan kucar kacir.Berdenyut seluruh sendi, lantaran dipaksa untuk gagah berdiri.Aku enggan menangis!
Ya Allah, berikan aku secebis lagi kekuatan.Andai takdirnya aku kehilangan tenaga untuk terus berjalan di laluan ini.Aku hanya meminta untuk mampu membawa diri.Ke sisiMu ya Tuhan, bersama harapan...Ku ingin segera memegang janjiMu.
Hah..! Kebenaran mungkin telah jelas.Aku tidak mahu tahu apa sudahnya.
Doa dan harapanku, berbahagialah kalian.

Wednesday, June 20, 2012
Menyesalkah Aku...
Ketika engkau datang bersama harapan,
Tiada tertepis segala dugaan.
Kau tahu, ku ingin pulang...
Kau tahu, aku telah kelemasan.
Melihat engkau di sudut kejauhan
Tertindih perasaan antara kasih dan keraguan.
Ku mahu melepasakan derita yang bertandang
memberi engkau bongkah bahagia.
Aku rela menderita...
Menyesalkah aku pada jalanan sejauh ini
Memilih bersamamu untuk diduga.
Engkaukah atau akukah, yang mengapai bayang kenangan
Mencari titik kesudahan
Harapan setinggi langit.
Engkau tahu, aku takut rebah kerana aku lemah.
Kuantan,Pahang
21/6/12- 2.37am

Friday, June 1, 2012
Fitnah...!
Semalam, selepas asar saya menemani mak meraut lidi.Seronok pulak meraut lidi di tepi rumah usang kami sambil berborak santai dan sesekali bergurau bersahaja.Gembira melihat mak ketawa.Selalu tak sedar bila bersama mak melakukan aktiviti santai begini membuatkan fikiran yang celaru jadi lapang.Masa yang beredar pun kadang-kadang rasa sangat cepat.Lalu, selalu juga berharap masa sebegini akan berualang lagi dan lagi.
Menghampiri waktu maghrib, senja hari itu tidak berwarna indah.Jingga atau merah.Yang kelihatan dalan sedar, warna kehitaman dan malap.Lampu-lampu juga mulai benderang.Beberapa ketika sebelum berkemas-kemas membersihkan sisa lidi yang diraut, mak berkata dengan nada agak perlahan.Sebenarnya menasihati dan berpesan kepada saya...
Agak tersentak kerana firasat seorang ibu itu selalu benar.Apa yang mak sebut dalam pesan dan nasihatnya adalah situasi yang sedang saya lalui.Cumanya saya enggan mak tahu kerana bimbang dia bersedih dengan apa yang sedang saya alami sejak kebelakangan ini.Mak berpesan tentang bahana fitnah, lebih-lebih bagi orang seperti saya.Terasa hangat dada menahan rasa.Bagai mahu menangs tetapi saya juga tidak mahu mak tahu sebenarnya saya sudah kekeringan airmata kerana difitnah teruk oleh insan-insan yang saya hormati.Serentak itu, kesan situasi yang saya alami, hari ini saya hilang rasa mengkagumi sesiapa.Apalagi menjadi orang yang lembut hatinya.Saya sedar, sejak itu saya menahan diri dari melepas AMARAH yang marah.Alhamdulillah, saya bertahan.Cumanya saya gagal memujuk diri untuk memaafi.Selalu bermain di kotak fikiran...
Fitnah itu adalah sesuatu tuduhan yang tidak benar.Dilemparkan kepada seseorang dalam sedar atau tidak sehinggakan menjadikan seseorang itu kelihatan buruk akhlak dan peribadinya kepada orang lain.Kesan fitnah itu boleh menimbulkan banyak pekara buruk berbanding baiknya.Sesuatu yang sanagt menyedihkan bila fitnah itu menjadikan saya seorang pendendam dan keras hati.Subhanallah...Allah itu sangat adil! Meskipun di dunia saya nyata tidak mampu berbuat apa-apa sekalipun membela diri dari fitnah tersebut, saya yakin Allah akan meberi pembalasannya.JIKA TIDAK DI DUNIA, PASTI DI AKHIRTA KELAK.
Saya melihat mak berlalu meninggalkan saya sendirian di samping lidi-lidi yang sudah selesai diraut bersih.Dan sisa lidi yang bertabur, saya sapu perlahan bersama segugus rasa yang hanya Allah tahu.Bila semuanya selesai, saya juga berlalu.Masa untuk mengadu kepada Yang Esa, tentang ujian hidup dan fitnah yang menyakiti.Mak kelihatan tenang berkata-kata, tapi saya tahu dalam hatinya, sakit! lebih sakit dari apa yang saya rasa.
Semoga Allah memberimu kekuatan wahai ibu.Jangan gusar tentamg hidup anakmu ini.Berdosanya saya bila tidak bertaubat hingga terkesan pada kedua orang tua yang telah membawa saya pada hidup hari ini.
Ya Allah...ampuni saya.
Wednesday, May 30, 2012
Jam 3 pagi...
Sedar tak sedar, rupanya malam telah berganti pagi.Sejak jam 10 malam tadi, saya memujuk mata supaya lena.Namun hasilnya...Nah, saya di sini! Menekan keypad bertemankan impian, esok saya mampu menempuhi dugaan hidup ini.
Agak lama saya menahan diri dari berpuisi.Walaupun ilham datang tidak berhenti.Tadi, saya menulis sebuah puisi pendek yang saya sendiri tidak tahu tajuknya.
Aku satu dalam seribu.
Jika ditiup bayu, akan melayang seperti debu.
Jika hilang dalam udara, nampak dalam cahaya.
Jika lenyap dalam air, disitulah ia berakhir.
Jika terlintas dalam bayangan, aku cuma secebis kenangan.
Jika bisa terkenang, maaf mengganggu kebahagiaan.
Jam 4 pagi...
Aduh, secepat ini masa berlalu.Sekejap saja saya tertunduk menulis di sini, terpandang jam di sisi..angka sudah 4 pagi...
Wahai hati, berlapanglah pada segala sesuatu.Pahit atau manis, meski sukar menerima kenyataan.Hidup ini sementara sahaja.Sampai pada hujung jalan kita, semuanya akan berakhir dan tak akan berulang lagi...
Saturday, May 12, 2012
Menjaga Hati..
Memujuk Jiwa.
Assalamualaikum salam sejahtera.Berdiam seketika dari kemas kini blog, lantaran kesihatan sangat tidak mengizinkan.Lagi pun, sejak kebelakangan ini ekoran dari dugaan hidup membuat aku trauma melayari dunia maya.Sesekali singgah di laman soSIAL Fesbuk, sekadar mengikuti perkembangan mereka yang kukenali.Tercalar rasa dinding hati berada di sana, meski ada kenangan yang tidak mungkin dilupakan.Pahit juga manis, sebuah perjalanan....
Beberapa hari lepas seorang kawan berkata dalam nada terkawalnya, "Hatiku sakit,hatiku sedih, tiada sapa tahu.." Kurenung wajahnya yang sedikit tersenyum.Jelas dia menyembunyikan sebuah rasa pedih yang hanya dia tahu apakah itu.Di dalam hati, aku berbisik sendiri..."Siapa saja mahu tahu, tentang hati kita yang tersakiti dan bersedih?" Kami terus terdiam, masing-masing membawa khayal dan fikir ke dalam dunia sendiri...
Hari ini kebetulannya mengemas kini blog pada tarikh Hari Ibu.berbicara tentang Ibu....
Mungkinkah, sikap pendiam yang kumiliki adalah dari sikap ibu.Perjalanan hidupnya tidak semanis yang diharapkan.Itu yang selalu ibu katakan kepada kami, khususnya selalu bercerita padaku kerana katanya, kisah hidup kami tidak jauh berbeza.terkadang ketika ibu berkisah tentang masa lalu, ada genangan airmata di tubir matanya.Suaranya mulai berubah.Kadang2 juga, kepedihan yang tergambar dalam ceritanya sikit pun tidak membuat dia menangis, sebaliknya menjadikan semua itu sebagai panduan kepadaku bahawa hidup ini tidak selalunya indah.Dan tidak semestinya pahit.Juga, airmata tidak mungkin mampu merubah apa yang telah terjadi.
Apa petua ibu boleh menahan dirinya dari menangis tatkala kisah pedih hidupnya menjadi santapan telinga yang mendengar? Apa petua ibu boleh tahan dengan kekurangan yang berpanjangan di dalam hidupnya?
Ibu berkata, biarlah kita kurang dan tidak memiliki apa yang orang ada.Asalkan hati kita bersih dari hasad dan noda.Kita tidak boleh menafikan diri kita berdosa, tetapi jangan jadikan dosa sebagai alasan utntuk tidak berbuat pahala.Biarlah kita berdiam bila dihina dan dicerca.Sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari kebencian sesama manusia.Sampai masanya jika Allah tidak menunjukkan kebenarannya, ia akan terhenti dengan sendirinya.Caci, hina dan cerca itu akan menjadi asbab kepada kita untuk selalu berjaga-jaga.
Ku pujuk hatiku, kerana kutahu ia sedang terguris dan terluka.Ku jaga hatiku kerana ku tahu tiada siapa yang boleh menjaganya.Mustahil manusia bisa melakukan pekara yang sama dalam satu masa.Ketika itu, salah satu dari perlakuannya sudah pasti membuat orang lain terasa.
Teringat seorang kenalan yang sangat menjaga...
Tiba-tiba, sebak berputar dalam kantung jiwa.Banyak nasihat dan pesannya, hari ini terbukti benar.Sesungguhnya, persahabatan yg terjalin dengan niat ikhlas itu selalu terbukti dalam rahmat Allah.Semoga Allah selalu bersamamu kawan, dalam susah dan senang.

Subscribe to:
Posts (Atom)