Sunday, March 18, 2012

Berpesan dengan kesabaran, berpesan juga dengan kebenaran...

Mai pren...
kita idup sekejap jak.Angka bukan ukuran.Agiknya 60-70 taun, sekelip mata jak mun banding ngan akhirat sehari bersamaan ng 1000 taun.Jadi istilah sakit ati ya semenarnya biasa jak.Bukan ku nak lawa mesan ngan kitak org tentang idup nok sementara tok.Tapi berpesan-pesan ya salah sigek sifat manusia yg beriman.Bukan juak ku nak madah aku tok beriman gilak, biasalah kita manusia besa..kadang2 iman nait, kadang turun.So, sik salah kita berpesan2 dengan kesabaran berpesan2 juak dgn kebenaran.
Sorang pren ku di Kuantan, namanya Kiah.Selalu madah, "Hidup kita tok pinjaman semata2.Jadi jangan kita merasa reta dan masa nok kita ada ya kepunyaan kita.Semua ya dipinjam oleh Allah ngan kita sementara kita idup lam dunia.Sampey masanya, apa yg kita pinjam mesti kita pulangkan balit pd yg berHAK."
Jadi....
Sakit dan sihat ya ujian.Kacak ngan buruk pun ujian.Miskin dan kaya juak ujian.Dikutuk, dipuji, dianok, disinder, dibulak, dibodo semua ya ujian.Ada jenis urang dapat melawan ujian sakit.Ada juak sik tahan dengan ujian miskin.Sik kurang juak ada nok sik lalek diuji ngan rupa buruk.Tapi selalu kita nemu urg kalah juak bila diuji dengan kutuk dan keji.Manusia, biasalah..suka kenak puji, suka juak disanjung tinggi.Jarang kita nemu org kaya nok kuat bila diduga, apagik org pandey dicabar oleh org bodo.Semua ya saling berkait.
Kinek tok sia sitok kita nenga orang cerita tentang ari kiamat.Akhir jaman la, dunia dah tua la.Macam2 gik.Tapi keadaan tetap sama.Pernah dikatakan satu ketika dolok, islam akan bangkit bermula di sebelah Asia.Menar..kebangkitannya nang macam kulat tumbuh atas kayu lepas musim ujan.Jaman kamek org gik mbiak dolok marek, mpuan bertudung nang susah ncarik kerja.Kinek tok mengarey jak mpuan makey tudung kerja sia sitok.Nang kacak.Tapi dalam kacak2nya kesedaran nok ada depan mata kita airtok, smenarnya terselit dugaan besar nok kita sik semua sedar.Aritok ngan jaman marek sama jak.Bezanya kemajuan dan kemunduran.Kejahilan dan kesedaran.Antara pendosa yang berilmu nagn pendosa nok sikda ilmu.Pendosa yang berilmu ya jauh lebih teruk banding ngan nok sekda ilmu.Tauk kenak? kerana Kejahilan yang disengajakan.
Adohh..melelat gik aku.Udah la gik Nak nulis panjang2 ujung ngumpat walaupun niat tek bukan la nak ngegeh ngeso ada sikit pengetahuan tapi niat nak beringat2.Kata Nabi Allah.."Ucapkanlah walau sepotong ayat" InsyaAllah, apa nok kita tauk, kita amal dan sampeykan ngan orang lain dan mudahan hidayat Allah tersebar keseluruh alam.Asbab...Ikhlas niat nak beringat.
Okla geng..ku chow lok.Maap zahir batin mun ku da molah ktkorg sak ati.Ku manusia, bukan nabi...hehee

Tuesday, March 13, 2012

Perjalanan Waktu Yang Bukan Milik Aku...

Bukan mudah berjalan dengan kaki yang tercucuk duri.Apalagi berlari dengan pantas di atas dataran yang tidak rata.Tentunya banyak kali terjatuh, tersungkur, tergolek dan tak kurang juga terkulai lesu.Namun perjalanan waktu yang bukan milikku menuntut larian yang panjang harus berterusan agar tidak menganggu gugat masa kepunyaan sesiapa.
Namun pun begitu, saat waktu adalah milikku, bisakah ku mendapatkannya dengan tanpa mengharap apa-apa.Datang dengan rela dan pergi tidak pernah dipaksa.Belum pasti, milikku adalah kepunyaanku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, March 3, 2012

Sometime....

sometimes wish you love as not incurred.
sometimes miss the speech just like you describe
sometimes you like to persuade my only here
but the love that I say and imagine my heart not to persuade but the impressions of a heart.
does not matter, I'm used like this.
03/03/2012

Thursday, September 1, 2011

~ Embun Rindu

Gugurlah embun pagi, jangan membeku di hujung awan
dedaun yang mengering siang tadi merindukan sentuhanmu..
dan saya yang sedang berdiri di bawah pekatnya malam teringin bermanja
...dengan dingin rintismu.
Bertiuplah bayu, jangan kaku di hujung langit
pohon yang kepanasan siang tadi mengharapkan sapaamu..
dan saya yang kelesuan mahu bermain
dan berlarian di dalam dakapanmu.
Terbitlah mentari pagi, tersenymlah kepada dataran
yang di atasnya ada sekujur tubuh yang enggan kesejukan tanpa gebar cinta
yang di atasnya ada sekujur badan menyimpan seketul hati penuh cinta
juga sekujur tubuh yang tahan pada panahan dugaan
demi sebuah harapan.
Sebelum terbit kilau emas bebola matahari
embun rindu ini jangan kering dulu..
berbicara aku kepadanya, tentang dingin yang membalut segenggam resah
tentang beku jiwa membungkus sebuah cemburu
tentang tebalnya batuan rindu..
bertaburan umpama debu ditiup angin malam...
dibasahi simbahan airmata sabar
menanti sebuah kepastian.
Jika kau embun bisa bicara
katakan kepada pria kesayangan jiwa..
saya sangat sayang dan sangat cinta...

H&M-->Kamar Kosong,Sibu 28/8/2011

Friday, August 5, 2011

~ Ku genggam angin semalam, ku gubah menjadi potret kenangan.
Ku simpan dalam kotak ingatan, ku jadikan ia teman..
Ku lepaskan derita kelmarin, ku hembus menjauh dari bentangannya
ku kutip sisa yang berguguran, ku semat jadi pengajaran.
Ku gapai berjuta harapan, ku cuba lakar menjadi lukisan...
ku gantung pada tiang kesungguhan, ku angkat ia jadi azimat kekuatan.

Tuesday, August 2, 2011

Perempuan Itu..~

Lihat ke dalam matanya duhai lelaki, apa yang bisa kau temui di sebalik kerdipnya.
Tertikamkah jantungmu oleh kilauan sinarnya.
Lalu terhenti detak jantungmu yang selalu kencang berlarian ketika mahu mengungkap cinta.
Pasti tidak terkata, bagaimana mahu menceritakan jalan yang terputus ketika mata bertemu mata.

Lihat ke dalam senyumnya, wahai jejaka. Mampukah kamu melukis garisan-garisan yang penuh rahsia pada setiap lekuk manisnya tawanya.
Tentu kamu terasa bagai mahu mencapai senyuman itu, lalu kamu ingin bawanya ke dalam hatimu.
Menjadikan ianya hiasan dinding jiwa sebagai penawar rindu yang semakin bergelora.

Lihatlah ke dalam bicaranya, Kekanda..
Dapatkah kamu meneka apa yang ingin dia ceritakan melalui kiasan-kiasan bersahaja.
Dapatkah kamu menterjemahkan makna-makna syairnya dengan sebuah cerita.
Pernahkah kamu mahu cuba masuk ke dalam alam selokanya agar bisa kamu selami derita dan bahagia yang sedang dia kejar-kejar.
Perempuan itu, telah memaku pintu hatinya dengan paku emas.Kemas!
Perempuan itu telah menancapkan tiang kasihnya jauh ke dasar bumi cinta.
Perempuan itu telah memayungi dataran setianya dengan khemah asmara.
Dia sedang mengubur jiwanya ke dalam pusara cinta.Kerana katanya, jiwanya sudah tidak punya apa-apa, kecuali rasa cinta kepada DIA.
Perempuan itu,ketawa dalam jurai airmata.
Perempuan itu menangis dengan hilai yang bergema.

HasmaMaymeng - 21/7/2011- Ruang Rindu.
Kerana Apa...~

Tiba-tiba hati hamba berdebar deras
ombak cemburu menghempas pantai kawalan.
Memerhati tingkahnya insan tanpa sedar
Hamba pasrah pada usikan jiwa.
Kerana apa hamba enggan jatuh cinta..
kerana benci pada rasanya cemburu buta
kerana apa hamba sering mengelak jatuh hati...
kerana selalu tewas dan akhirnya menangis sendiri.
Kerana apa saya tidak peduli mahu bercinta
kerana sering kali tersakiti..
lebih-lebih lagi cemburu yang tajamnya bergerigi.....

HasmaMaymeng 18/03/11-Lorong Cemburu.