Benarkah....
Apa benarkah waktu ini hatiku terusik oleh rindu
bila larian waktu sering sahaja membawa bayangnya
hampir kepadaku.
...Apa benarkah ketika ini dia mengetuk pintu hatiku ~ bertalu-talu
dengan sedulang hantaran berupa untaian kata-kata semangat.
Memberiku ilham baru.
Apa benarkah yang aku dengar dari lafaz lidahnya ~ Cinta..
yang dihulur dengan manis bicara penuh bermakna.
bersama lamaran yang tidak kuberikan jawapannya
Lantaran hati masih membeku..
benarkah semua ini sedang kulalui
benarkah semua ini bukan sekadar mimpi
benarkah ya Tuhan..Kau temukan kami di sini..
atau semua ini hanyalah secebis dugaan yang sering aku temui.
Benarkah.....~
HasmaMaymeng -12/03/11 -Lembah Kenangan.
Tuesday, August 2, 2011
Rintih Hati Yang Berdarah....
Wahai pemilik jiwa dan raga..
Hamba-Mu ini sedang berdiri di bawah bentangan langit jingga
menyaksikan terbitnya sang suria..
mendengarlah lantai bumi ini pada rintihku
yang sedang berdarah hatinya...
bila airmata jatuh dan pecah membasahi hujung jari kaki.
Duhai pencipta duka dan gembira..
Hamba-Mu ini sedang tertunduk merenung jauh ke dasar kenangan
di sana ada dosa-dosa yang entahkan terampun
dengan sujud dan doa-doa atau mungkin jua
masih terawang di angkasa harapan.
Tuhan..sembuhkanlah luka di hatiku
dengan hiburan yang indah dalam janji-janji-Mu
di helaian warkah cinta-Mu
di setiap rahsia-rahsia ciptaan-Mu.
Aku tampil di sini Ya Allah..membawa hatiku yang berdarah..
penuh titik noda yang hitam
memudarkan wajah nan sedia suram.
Dengar rintihku..dengar rayuanku..
berikan aku kekuatan,dari semangat yang teramat kuperlukan..
kurniakan aku cahaya dari bukaan langit-Mu
bekalkan aku cinta dari kasih sayang-Mu..
kerana aku sudah longlai berdiri dengan sendi yang tidak terkunci
bisa saja rebah andai terusan dilanggar bayu ujian.
Aku mahu melangkah Ya Allah..kehadapan-Mu
aku ingin berlari mendekati-Mu
dan seandainya aku benar-benar telah hampir kepada-Mu
maka rentap nyawa dari tubuhku
Aku mengharapkan keabadian di sisi-Mu
hanya mahu mati sebagai Hamba-Mu
HasmaMaymeng 11/03/11-Lembah Kenangan.

Pernahkan Terfikir~
Pernahkah engkau teringat hari-hari paling indah dalam kisah kita..
ketika aku tertawa dengar ceritamu..
ketika engkau tersenyum dengar usik sendaku..
ketika kita sama mengaku cinta dan rindu mula beraja..
dan cemburu menjadi gila..
kisah indah bertukar wajah..suram
bila antara kita ada dia..
mengalih pandanganmu dari wajahku.
....ku lepaskan jemarimu yang kian dingin dalam genggaman..
hari-hariku kembali sepi
dari celah-celah kebahagianmu,aku memerhati dengan hati yang berdarah.
aku tetap di situ..
menangisi sesuatu yang bukan lagi milikku.
Pernah kah kau terkenang,pada hari kau mahu kembali
dan aku sedang lemas di tasik kerinduan..
bernafas melalui ruang sempit..
engkau,ku lihat berwajah kusut
masih juga cinta ini mahu memberikan udara
untukmu bernafas di dalam hatiku.
Sekalipun dinding hatiku telah robek dan calar
warnanya tetap sama..Sedarkah engkau wahai pria?
Pernahkah kau memikirkan,tentang ketulusan ketika aku masih setia di sini
setelah kau tinggalakan bersama sejuta kenangan...
aku dicerca dan dihina kerana mencintaimu..
aku dikutuk kerana enggan melupakanmu..
apakah itu belum cukup sebagai bukti...
HasmaMaymeng 7/3/2011-Lembah Kenangan.

Bertemankan Memori –
Ku meraba pada warna yg pudar dalam cahaya
ketika gelisah kian menarikan lenggoknya
Aku temui bayang cerah di hujungnya masa
Menemaniku sehingga pada satu lorong ceria.
Di sana aku pernah tertawa dengan celoteh dan cerita
Di sana jua kupernah menangis terluka dan redho..
Semalam,ku temui bingkisan kenangan
Kubaca dan kuhayatinya..
Sesekali derai tawa tanpa sangka menceriakan suasana
Walau kaku lantai dan dinding bersamaku…
Sesampai pada warkah dan pesanan akhir
Kusimbahi ruang ria dengan sejuta rasa rindu..
Yang disulami rasa pilu nan amat.
Begitulah hari-hariku..
Sepi dan terasa kosong.
Bila kini kau tiada menyapa lagi
Dan menemaniku berlari di pantai masa.
Satu-satu helaian kenangan tertutup jua
Sudah tiba masanya
Kukembali pada asalnya..biarpun hanya
Bertemankam memori ~
Seketika mengorak langkah
Di dada waktu
Tersenyum aku mengenangmu.
HasmaMaymeng 24/02/2011 – Lurah kenangan.

Aku Menangis ~
Duhai hati..
Bertahanlah untuk tidak lemah,meski runtuh jua tembok angkuh
menghempap lantainya harapan.
Lalu pecah dan berkeping-keping jadinya.
Tahukah kau duhai cinta..
betapa sakitnya menelan tangis yang mahu pecah di anak kerongkong.
Rasanya seperti menelan duri yang amat tajam
menghiris rongga tekak dan menikam sebuku hati ini.
Yang di dalamnya ada kamu.
Tatkala riang kita di serambi asmara baru bermula
pagarnya terasa goyah oleh tamparan desir bayu cemburu...
Engkau, ku lihat berwajah murka
malap seketika cahaya cinta.
Aku hembus nafas rayu dengan penuh rindu
bersamanya inginku sentuh kamu..
biarpun seketika dalam bebayang hitam.
Engkau sekilas berpaling tidak memandangku..
yang terawang di langit duka..
lalu tanpa rela..
di sana aku menangis..
Sayang,cuba kau sentuh angin yang berhembus di sisimu..
dapatkah kau merasakan kehadiranku
seperti aku selalu mendakap bayanganmu lewat nota-nota singkat penuh nada rindu.
Terasa hangatnya menusuk hingga jauh ke dalam lohong kalbu ini.
percayalah kekasih...
aku menangis tika rindu menebal kini..
aku menangis bila cemburuku mengatasi rindu..
aku menangis jika kau meraguiku..
aku menangis ketika mimpiku lesap kala mentari mulai menunjukkan diri.
Di kaki langit itu aku selalu berdiri..
menangis membilang masa yang berlalu.
HasmaMaymeng- 22/2/11 -Ruang Rindu

Sunday, February 20, 2011
Nota Buat Kembara Dunia ~
Duhai Kembara...
lihat ke dalam kata-kataku
tiada dusta hanya luahan rasa.
malam yg suram seakan mengerti
kerelaanku melepas engkau pergi.
terbanglah jika sayapmu sudah kembang
berlarilah sejauh langkah..
aku tidak mampu menegah..
namun bawa bersamamu kenangan ketika aku tertawa
ketika engkau datang menghapus duka.
Tinggalkn saja aku di sini..
sudah lama terbiasa
dan telah bersedia saat ini akan tiba.
Nota buat Kembara Dunia..~
mengembaralah sehingga ke titik kecil di hujung hidupmu
semoga laluan2 yg kau tempuhi
terus bersinar dengan hadirinya sinar mentari
setelah malam disimbahi indahnya cahaya bintang...
HasmaMaymeng-19/02/11-

Thursday, October 21, 2010
Aku mahu menjadi sahabat yang jujur sepertimana ku ingini seorang sahabat yang jujur.
Bismillah…
Sudah berbulan lamanya aku tidak menulis di Blog ini.Sejujurnya,terlalu banyak yang ingin dititipkan sebagai satu catatan dari Sebuah Perjalanan..Terasa semakin hari,semakin muak yang aku rasakan dengan kehidupan di alam cyber ini.Melihat pada perwatakan manusia yang pelbagai.belum cukup mengajar aku erti sebuah kehidupan.tetapi apabila Allah menunjukkan sesuatu yang sering tak nampak kepadaku,terasa kesakitan yang teramat sangat di sudut hati.Benarlah menurut seorang sahabat,kita tidak memerlukan kawan yang ramai di dalam kehidupan ini.Jika diantara mereka masih ada yang bersifat seperti duri dalam daging.Aku sungguh kesal dengan semua itu.Catatan ini berkisar tentang kejujuran dalam persahabatan.Tertanya-tanya,adakah aku telah temui seorang sahabat yang benar-benar jujur menjalinkan persahabatan denganku.Yang aku tahu,aku terlalu menghargai setiap jalinan yang terbina,tidak kira mereka mengutukku dr depan mahupun belakang.Sahabat bagiku adalah anugerah.Aku sayang mereka.Itu luahan jujur dari hati kecilku.
Ya Allah,ku bermohon diberikan sahabat yang jujur dalam berkata-kata.Jujur dalam memberiku semangat dan jujur dalam tindakannya.Jauhi aku dari fitnah dalam bersahabat,kerana aku sangat mengasihi sahabat-sahabatku lebih dari apa yang mereka tahu..Ya Allah..peliharalah persahabatan kami.Semoga ukhuwah yang terbina itu selalu dalam Rahmat-Mu. ~Amin.
Sesuatu perkara yang bukan mudah untuk kita menilai seseorang hanya melalui perwatakannya.Kadang-kadang kita tertipu oleh pandangan mata.Kerana hari ini,semua orang mahu kelihatan seperti manusia yang baik dan terpuji walhal dalam waktu yang sama mereka bukanlah seperti yang kita lihat dan pandang.Oleh itu,menilai seseorang melaui pemerhatian bukanlah sesuatu yang tepat.Tetapi mengenali mereka melalui pendekatan hati ke hati.Di situ dengan sendirinya kita dapat merasakan kejujuran seseorang sekalipun di sepanjang perjalanan persahabatan kita,telalu banyak duka yang tercipta.Mungkin kerana pendapat yang berbeza tetapi,selalunya ianya merupakan dugaan dalam menilai erti persahabatan itu sendiri.Apabila terjadi sesuatu yang bernama perpisahan atau telah dijanjikan Allah,ikatan persahabatan terputus atas sebabnya.Disanalah kita mulai menyedari dan cukup merasakan kehadiaran sesuatu yang digelar kejujuran. Jujur itu sifatnya tidak nampak dek mata.Direnung sedalam mana pun tidak akan menzahirkan diriny.Jujur itu dirasa dan nilainya amat berharga.Sering kali kita mendengar orang menyatakan kejujuran mereka.Tetapi hakikatnya….hidup ini sendiripun belum menjamin sebuah kejujuran.
Jadilah aku seorang sahabat yang mendambakan kejujuran dalam persahabatan.Semoga Allah memakbulkn impianku untuk menjadi insan yang jujur dalam segala perkara.aku ingin menjadi seorang sahabat yang jujur sepertimana aku ingini seorang sahabat yang jujur.

Subscribe to:
Posts (Atom)